Emas yang dipakai yang telah genap setahun dan melebihi 200 gram, maka zakatnya adalah sebanyak
2.5% daripada nilai semasa setelah ditolak kadar berat
contoh : ( 250 - 200 ) gram x RM 112.36 ( 1 gram emas semasa )
= RM 5618.00 x 2.5%
= RM 140.45
ii] Emas Disimpan
Emas disimpan yang telah genap setahun dan melebihi 85 gram maka zakatnya adalah sebanyak 2.5%
daripada nilai semasa
contoh : 85 geram x RM 112.36 ( 1 geram emas semasa )
= RM 9,550.60 x 2.5%
= RM 238.76
iii] Emas Dipajak / Dicagarkan
Emas yang dicagarkan di bank menggunakan sistem pajak-gadai Islam Ar-Rahnu. Emas tersebut telah
tidak sempurna milik kepada pemunya asal. Pemunya asal tidak mempunyai kuasa ke atas emas tersebut
sehinggalah ia ditebus kembali. Maka tiadalah dikenakan zakat emas.
Namun, pemunya asal masih mendapat faedah / keuntungan dari emas tersebut :
a- bank telah memberi wang tunai sebanyak 70% dari nilaian semasa emas tersebut
b- pemunya asal mendapat wang tunai hasil dari kaedah 'over lap' pinjaman apabila nilai emas telah
meningkat
Maka, si pemunya tetap dikenakan zakat pendapatan hasil dari keuntungan dari emas yang dicagarkan
tadi. Oleh itu, jumlahkan lah semua pendapatan hasil dari cagaran dan tindakan 'over lap' yang telah
dilakukan selama setahun.
KAEDAH ZAKAT PENDAPATAN ( SUMBER EMAS )
Kaedah 1
Pendapatan dari sumber emas setahun.
RM 30,000.00 x 2.5% = RM 750.00
Kaedah 2
A. Pendapatan setahun RM 30,000.00
B. Perbelanjaan
1. Diri RM 8,000.00
2. Isteri RM 5,000.00
3. Anak ( RM 1000.00 seorang ) RM 1,000.00
4. Pemberian ibubapa RM 1,200.00
5. KWSP ( 11% ) RM 3,300.00
6. Caruman ke organisasi yang membayar zakat ( potongan bulanan )
RM 1,200.00
JUMLAH RM 19,700.00
C. Pendapatan yang layak di zakat ( A - B )
RM 30,000.00 - RM 19,700.00 = RM 10,300.00
RM 10,300 x 2.5 % = RM 257.50
Nota :
1. Kadar nisab zakat adalah berbeza mengikut negeri . Sila rujuk puzat zakat negeri masing-masing
2. Haul ( genap setahun ) = 354 hari tahun Hijrah
= 365 hari tahun Masihi
3. Segala komen bagi tujuan pembetulan dan penambahbaikkan adalah amat dialu-alukan
Rujukan :
1. Pegawai zakat daerah
2. Buku Panduan Pengiraan Zakat ( Pusat Zakat Melaka )
Disediakan oleh :
Mohd Redzei Othman
Alor Gajah
Melaka
terima kasih. amat bermenafaat
ReplyDelete