Semalam admin telah pergi shopping barangan keperluan persekolahan anak-anak di sebuah pasaraya. Sewaktu berehat untuk makan tengahari, di meja makan sebelah admin ada sekumpulan orang lelaki dan wanita sedang mendengar seorang lelaki bercerita.
lelaki itu bercerita dan berkempen tentang skim MLM. Admin perhatikan lelaki itu hanya bercakap perkara yang positif sahaja ( untung ribu-ribu dsb ). Admin bukan anti direct selling, walaupun admin dan isteri telah terjebak dalam banyak skim. Apa-apa pun kalau kuat berusaha...memang akan berjaya InsyaALLAH.
Perkara yang admin tak setuju adalah sikap lelaki itu yang hanya bercakap aspek yang positif sahaja. Ini memberi harapan yang tinggi kepada pendengar terutamanya yang nak cepat kaya. Akhirnya, akan mendaftar sebagai ahli dan mengeluarkan wang juga akhirnya...walau pada awalnya sesi itu percuma. Kita mudah terpedaya pada yang free......sesi yang free seperti ini...akhirnya akan menguntungkan penganjur....ini disebabkan teknik membesar-besarkan kehebatan produk, menjanjikan pulangan yang tinggi, memujuk , 'memaksa' dsb.
Memang lelaki itu ingin mencari rezeki. Namun, beliau seharusnya menyentuh juga aspek negatif / kekurangan produk atau skim tsb. Ini disebabkan, di dunia ini tiada apapun yang sempurna. Akibat terpersona dengan keuntungan BESARRRRRRR......ramai orang akan kerugian BESARRRRRR. Admin pernah kehilangan puluhan ribu ringgit pada skim-skim seperti ini. Ialah....mungkin bukan rezeki admin di situ.
Admin kalau buat sesi konsultasi ......kena bayar!!!! Kenapa kena bayar ????? Ini disebabkan :
1. admin tidak berkempen dan memujuk / memaksa untuk membeli atau menjadi ahli.
- Namun, admin memberi pendidikan ilmu tentang perlaburan emas
2. admin tidak menjanjikan bulan dan bintang.
- Tapi, admin memperlihatkan aspek yang positif dan aspek negatif ( kelemahan )
3. admin memberi bimbingan berterusan sehingga pelanggan berjaya dan benar-benar faham akan apa yang mereka lakukan. ( Tak ler hebat sangat.....tapi boleh ler menjadi mentor kpd orang baru.)
4. admin memberi peluang untuk bakal pelanggan berfikir dan menimba ilmu lagi......tak perlu buat keputusan segera. Sebab, admin mendidik, memberi ilmu sahaja...bakal pelanggan lah yang berhak membuat keputusan.
Eh......admin pulak yang berkempen....jangan mare haaaa......
Kesimpulannya, tiada skim atau kaedah pun yang menjamin kita cepat kaya. Semuanya ada kehebatan dan kekurangannya yang tersendiri ......berusahalah......
Doa - Usaha - Istiqamah - Tawakkal = DUIT
No comments:
Post a Comment